Saturday, September 25, 2010

Pinjamkan Cinta-MU

hari ini...
dia kata..dia cintakan saya...
besok?
dia kata...dia akan cintakan saya juga...
lusa?
dia kata..dia tetap akan cintakan saya...
sampai bila?
dia kata..dia janji sampai bila2...

itu kata dia...
saya kata..
hari ini...saya cintakan dia...
besok..saya yakin saya masih cintakan dia...
lusa..pasti saya masih cintakan dia..
sampai bila...mungkin selagi saya bernyawa...

tapi...
itu kata dia...itu kata saya...
bukan saya yang tentukan hati dia akan tetap jadi milik saya selamanya...
bukan kuasa saya untuk pastikan cinta dia hanya untuk saya..
diluar kemampuan saya untuk halang dia dari jatuh hati pada yang lain selain saya..
bukan kuasa dia juga untuk pastikan saya sentiasa jadi miliknya..
bukan kemampuan dia untuk tentukan yang cinta saya selamanya untuk dia..
bukan dia yang tentukan yang saya akan sentiasa ada untuknya...

kerana..
cinta itu..
sebenarnya milik Allah...
kasih itu...
anugerah Allah..
sayang itu..
hadiah Allah...

Allah bagi pinjam cinta dia pada saya...
semuanya milik Allah...
hanya Allah yang mampu kekalkan cinta dia untuk saya...
hanya Allah yang berhak tentukan yang dia akan jadi milik saya selamanya..
hanya Allah jualah yang berkuasa kekalkan kasih sayang dia hanya untuk saya...

tapi...
jika takdir Allah adalah sebaliknya...
jika kasih dia untuk saya hanya sementara...
jika cinta dia untuk saya bukan untuk selamanya..
jika hati dia bukan pada saya hingga ke akhirnya...
siapalah saya untuk mempersoalkannya...
siapalah saya untuk mempertikaikannya...
siapalah saya untuk menghalangnya...
kerana..segalanya adalah milik Allah jua..

kerana itu..
saya redha jika cinta,kasih,sayang yang Allah hadiahkan pada saya hari ini..
ditarik semula oleh tuannya..
saya pasrah jika hatinya..ditakdirkan bukan milik saya lagi suatu hari nanti...
saya akur..jika..hatinya diisi insan lain yang lebih berhak suatu ketika nanti..
kerana....semua itu milik Allah...

cuma..
rayu saya pada tuhan...
jangan ambil semula cintanya dari saya..
jangan tarik semula kasihnya untuk saya...
jangan palingkan hatinya dari saya..
jangan padamkan sayangnya untuk saya..
izinkan dia menyayangi saya seumur hidupnya..
benarkan kami sentiasa bersama dalam cinta...
biarkan kami kekal berdua di dunia..sampai ke syurga...

benar...cinta itu milik-Mu..
tapi benarkan kami memilikinya..
benar...kasih itu milik-Mu..
tapi izinkan kami merasainya...
benar..sayang itu milik-Mu..
tapi biarkan ianya kekal bersama kami selamanya...
kasihanilah kami...rahmatilah kami...bahagiakanlah kami..
hanya pada-Mu kami merayu...
hanya pada-Mu kami mengharap...
hanya pada-Mu kami memohon...

pertemukanlah jodoh kami...kekalkanlah...dan temukanlah kami semula di syurga...
amin...ya Allah...

Sunday, September 12, 2010

Gerun pada Teduh

Dan aku masih enggan berteduh,
Terkenang akan rapuhnya sang awan,
Teringat pada teriknya panas yang membahang..

Bukan sengaja hati kubekukan,
Agar tidak terbahasakan perasaan,
Dek terbiasa menimbus rasa,
menanam kecewa...
Aku jadi lebih tega, berdusta dari derita...

Bukan tidak kusayang,
Kasihku takkan pernah bisa tergambarkan,
Tapi kewajaran, ada untuk membataskan...
Yang terbaik adalah kamu,
Sedang aku, malah tidak layak bergalar picisan...

Dan aku masih gerun pada teduh,
Yang memayungi ubun-ubun,
Kerana awan itu masih akan rapuh...

Betapa,
Dalam setiap kiriman doa,
Pada setiap denyut nadi yang terasa,
Hanya ada kamu, yang terlihat walau tanpa nyata...
Betapa,
Dalam setiap ingatan yang tersisa,
Pada setiap langkah dan nafas yang dihela,
Hanya ada kamu, yang tergambar dalam maya...

Dan,
Kewarasan masih lagi membataskan,
Menyedarkan,
Jangan pernah diriku lupa dimana bumi,
Hingga tanganku cuba menggapai pelangi...

Untuk Sunanku yang jauh,
Dimata...tidak di jiwa

Aku masih lagi gerun pada teduh untuk bernaung, kerana awan itu akan sentiasa rapuh...

Saturday, August 21, 2010

Tentang Masa Lalu

Sungguh,

Bukan aku menolak ketentuan Ilahi,

Apalagi ingkar pada suratan yang tertulis,

Aku hanya ingin,

Meluah rasa yang belum pernah terucap,

Buat insan yang terlalu istimewa

Insan yang tanpa jemu mendidik,

Walau pesannya kubuat endah tak endah...

Insan yang tanpa ragu meyakini,

Meski sering jua ku ingkari janji...

Insan yang tak pernah marah,

Walau tingkahku membunuh rasa sabar dan

tabah...

Insan yang seringkali merawat,

Setiap rasa sakit dan luka...

Insan yang tak pernah membantah,

Walau kehendakku kadangkala tak sudah-

sudah...

Insan yang setia menghapus air mata,

Walau tangisku kadangkala sia-sia...

Insan yang menghulurkan tangan,

Membantu dalam setiap kesusahan,

Insan yang terus mendengar

Setiap kesalan dan keluh kesah

Insan yang menjadikan air mataku sebegini

murah,

Yang mendidikku bahawa cinta adalah amanah,

Yang menjadikanku manja dan tabah,

Yang menjadikanku riang dan tegas,

Yang melimpahkanku dengan perhatian dan

kasih sayang,

Tanpa pernah menagih balasan

Sungguh,

Bukan aku menyesali apa terjadi,

Apalagi menidakkan takdir,

Aku hanya resah,

Mengingatkan seorang insan yang telah pergi,

Tanpa mungkin kembali...

(Al-Fatihah - Iskand`86-07)

Tuesday, April 13, 2010

Risau...

Bangun je pagi hari ni..kerisauan bertambah dengan mendadak..tak tau la kenape....memangla dalam dua bulan ni asyik risaukan keselamatan n kesejahteraan (cam lagu sejahtera malaysia pulak) die, tapi takde la sampai 24/7 cam sekarang????

adekah mental saya bermasaalah?!?!?!?!?!??!??!?!?!?!??!?!

apepun, semoga dia selamat dan sihat sentiasa....

Saturday, April 10, 2010

Ku Titipkan Dia di bawah Jaggan-MU

entri ni dah masuk kat notes facebook...copy n edit sket2 je kat sini

Wahai pemilik alam dan seluruh isinya,
Hati ini bergetar sepanjang masa,
Berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan dirinya,
Betapa hati ini lega,
Bila dia berada di depan mata...

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Secebis rasa yang kau tinggalkan
Telahpun menghuni seluruh hati dan perasaan...

Tuhan,
Hanya-KAU yang mampu memahami derita perasaan
Tak tertanggung rasanya
Tak terucap pedihnya

Ya ALLAH,
Peliharalah dia dari sebarang kecelakaan
Hidupkan dan matikanlah dia dalam iman
Kerana aku tidak mampu untuk melafaz walau serangkap perkataan
Meski hanya ucapan selamat jalan

Wahai Pemilik Hati Ini,
Iringilah setiap lagkahnya dengan keredhaan-MU
Kasihanilah dia di setiap waktu

Wahai Tuhan Semesta Alam
Ku titipkan dia di bawah jagan-MU
untuk dipelihara dari segala ancaman
untuk dilindungi dalam setiap perbuatan

Tuhanku yang Maha Penyayang
Hanya KAU yang mengetahui
siapa 'dia' yang kumaksudkan

Thursday, April 8, 2010

Cerita Tentang Dia...

Salam..dah lama sangat rasanya tak menulis kat sini..rindu memang rindu, tapi nak buat macammane, keadaan kurang mengizinkan...insyallah, lepas ni akan cuba untuk update blog sekerap mungkin...

dah lama sebenarnya nak share something kat blog ni..macam tajuk entri yang tertera kat atas tu..nak cerita sikit tentang dia...

Dia ni manusia biasa...sempurna fizikal (mental tak tau la, insyallah sihat kot)...tapi yang membuatkan dia ni special ialah setiap kali tengok dia, mesti teringat kat seseorang ni..kalau korang baca trilogi bagaikan puteri karya ramlee awang murshid, korang mesti familiar dengan watak saifudin jalis @ laksamana sunan...itulah orangnye...

memang macam tak logik @ kebudak-budakkan @ tak matang (walaupun dah 20-an), tapi memang kekaguman pada laksamana sunan dalam novel tu sangat tinggi..sampai rasa nak cari kalau2 ade lagi orang mcm tu kat zaman sekarang..tapi susah dah kot..

Okey, berbalik pasal die lagi..nak panggil ape ye..kang kalau tulis nama sebenar kantoi la pulak. . huhu...buat mase sekarang belum dapat idea lagi..panggil dia je la dulu, nanti dah dapat ilham kite tukar name ok? die takde la perfect sampai takde salah langsung..`tapi, setiap kelemahan awak, kekurangan awak..itulah kesempurnaan bagi saya' chewah!! memetik kata2 stella dalam cite semerah cinta stilletto...haha.

Sapu sampah...Kemas rumah

Bangun! Bangun!
Sapu sampah
kemas rumah
buang sawang kat blog....

dah lame sangat tak update blog ni..
bukan setakan sawang je yang hinggap
sekali dah macam haunted mansion da...

takpe2...anggapla ni sebagai mukadimah baru...

Saturday, January 16, 2010

Sampaikan Padanya

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Sunday, January 3, 2010

pena tidak lagi menari..dek air mata yang mula membasahi

bila pena yang selalunya pantas menari terhenti-henti..
bila jari yang selalunya lincah di papan kekunci seolah kehilangan kemudi...
bilamana detik rasa yang bertemu dan bersatu dalam hatiku...
tak mampu kuterjemahkan lagi kepada puisi...

jiwa yang pernah tepu berisi kecewa.
pernah juga melimpah dengan tawa gembira

raga yang pernah terhiris luka,
pernah jua berbunga kembang sena.

kiranya kutahu dari dulu..
kasih yang ada,
bukan hanya bernama cinta...
cinta dan memiliki,
adalah dua entiti ynag berbeda...

pasti hati tidak terhiris belati rasa
pasti jiwa tidak merintih kerana sakitnya

tapi aku,
hanya seorang hamba..kepada Tuhannya
tapi aku,
hanya seorang manusia yang alpa
bila melihat BIASAN WARNA CINTA